Bridge Gigi

Semua tentang Rawatan untuk Bridge Gigi atau nama lain jambatan gigi. Pembuatan jambatan di antara dua gigi yang kosong
Sebelum
Selepas

Adakah anda kehilangan satu atau lebih gigi dan mencari penyelesaian yang kekal dan estetik?

Bridge gigi adalah rawatan pergigian yang membantu menggantikan gigi yang hilang, memulihkan fungsi kunyah, dan memberikan senyuman yang semula jadi.

Apa Itu Bridge Gigi?

Bridge gigi adalah struktur prostetik yang digunakan untuk menggantikan gigi yang hilang. Ia terdiri daripada gigi palsu (pontic) yang disokong oleh gigi bersebelahan (abutment) sama ada menggunakan crown atau implan gigi.

Manfaat Bridge Gigi

🦷 Mengembalikan Fungsi Kunyah
Gigi yang hilang boleh menjejaskan proses kunyah. Bridge gigi membantu memulihkan fungsi kunyah dengan sempurna.

😊 Memperbaiki Estetik Senyuman
Bridge gigi memberikan rupa gigi yang semula jadi, menjadikan senyuman anda kelihatan lebih teratur dan menawan.

👄 Mencegah Pergeseran Gigi
Kehilangan gigi boleh menyebabkan gigi bersebelahan bergeser. Bridge gigi mengisi ruang kosong dan mencegah masalah ini.

🦷 Meningkatkan Sebutan
Gigi yang lengkap membantu anda menyebut perkataan dengan lebih jelas, terutamanya bunyi yang memerlukan sentuhan gigi.

Jenis Bridge Gigi

  1. Traditional Bridge
    Menggunakan crown pada kedua-dua gigi bersebelahan sebagai sokongan. Sesuai jika anda mempunyai gigi asli yang kuat di sekeliling ruang kosong.
  2. Cantilever Bridge
    Disokong oleh satu gigi bersebelahan. Digunakan jika hanya ada satu gigi di sebelah ruang kosong.
  3. Maryland Bridge
    Menggunakan sayap logam atau porselin yang dilekatkan pada bahagian belakang gigi bersebelahan. Sesuai untuk menggantikan gigi depan.
  4. Implant-Supported Bridge
    Disokong oleh implan gigi, bukan crown, menjadikannya lebih kukuh dan tahan lama.

Langkah-langkah untuk Bridge Gigi

1. Persediaan gigi penyangga
2. Pengambilan acuan gigi
3. Pembuatkan bridge di makmal
4. Pemasangan bridge sementara
5. Pemasangan bridge kekal

Treatment Lain untuk Gigi Cantik

Implan Gigi

Penggantian gigi yang kekal dan tampak semulajadi, meningkatkan fungsi dan estetik mulut.

Teeth Whitening – Pemutihan Gigi

Senyuman yang lebih cerah dan menarik, meningkatkan keyakinan diri dan penampilan.

Veneer Gigi

Meningkatkan senyuman dengan gigi yang lebih putih, rata, dan sempurna. Tahan lama dan tampak semulajadi.
Lihat Semua Rawatan